Sepuluh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan ke misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan selama setahun bermula Isnin depan.<br /><br />Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mereka terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita iaitu sembilan pegawai kanan dan seorang anggota polis.